Sunday, July 4, 2010

Sejenak Bersama... MILI 2

7 PERKARA SEBAGAI TANDA TAKUTKAN ALLAH

1. LISAN

Hendaklah lisan itu dihalang daripada berbohong, umpat keji, fitnah dan mengata. Berbohong merupakan salah satu sifat orang munafiq. Rasulullah pernah bersabda yg maksudnya: Tanda2 orang munafiq ada 3 iaitu:

- sekiranya ia bercakap ia bohong

- sekiranya ia diberi amanah ia khianat

- dan sekiranya ia berjanji ia mungkiri.

Dalam riwayat yang lain pula menambah satu sifat lagi, "Dan sekiranya ia berbalah, ia pepanjangkannya(susah untuk berbaik semula)."

Dulu wanita terkenal dengan sikapnya suka mengumpat. Sekarang ini, lelaki pun dah terkena dengan penyakit hati ni. Lagi parah, mereka tak merasakan mereka mengumpat orang. Kalau ditegur, pasti dijawab"Bukan nak kata, bukan nak mengumpat. Ni kata sungguh ni." Ketahuilah bukankah sebut perkara yang benar tapi merupakan keburukan orang itu dinamakan mengumpat? Kalau yang tak betul, namanya fitnah pula. kedua-duanya salah belaka. BERDOSA. Dalam al Qur'an disebut yg maksudnya,

"Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya sedangkan kamu bencinya.."

Sebagai ganti, hendaklah kita sibukkan lidah dengan zikrullah, tilawatul Qur'an dan Muzakarah ilmu.

2. HATI

Hati hendaklah bersih daripada sikap yang membawa kepada permusuhan dan hasad dengki. Bukankah ALLAH pernah berfirman yang maksudnya;"Dan bertolong-tolonglah dalam perkara kebajikan dan Jangan bertolong-tolong dalam perkara dosa dan permusuhan." Ketahuilah bahawa hasad merupakan penyakit hati yang kronik. Ia tidak boleh dirawat melainkan dengan ilmu dan amal. Nabi pernah bersabda yg maksudnya,"Hendaklah kamu jauhi hasad dengki. Kerana sesungguhnya hasad dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu."

3. PANDANGAN

Pandangan hendaklah sentiasa dijaga agar tidak melihat kepada yang haram sama ada aurat, makanan, minuman dan lain-lain. Nabi pernah bersabda yang maksudnya ,"Barangsiapa yg mengisi matanya dengan yang haram, ALLAH akan isikan matanya di hari qiamat dengan api neraka". Na'uzubillah minzalik.

4. PERUT

Jangan makan benda haram dengan sengaja. Kalaulah kita termakan benda haram sekalipun, kemudian kita tahu, hendaklah kita bertaubat. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni kita kerana cuai. Nabi pernah menyebut bahawa perut yg diisi dengan makanan haram, maka tempatnya adalah di neraka sekiranya tidak bertaubat.

5. TANGAN

Jangan menyentuh benda-benda haram. Jangan sentuh tangan yang bukan mahram melainkan setelah dihalalkan dengan sebab nikah kahwin. Nabi pernah menyebut bahawa menyentuh Babi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita ajnabi.

6. KAKI

Jangan berjalan menuju maksiat . Hendaklah berjalan pada taat ALLAH dan redhaNya. Kalaulah kita berada di tempat maksiat dengan sebab kaki kita, kemudian mati tanpa sempat bertaubat, maka nerakalah jawabnya.

7. TAAT

Tak cukup dengan anggota lahir sahaja yang perlu dijaga. Sebagaimana disebutkan di atas, hati perlu dijaga dengan sentiasa mengingati ALLAH. Hati yang menggingati ALLAH hendaklah diikhlaskan seikhlas ikhlasnya sehinggakan kalau boleh mencapai martabat Ihsan iaitu martabat para siddiqin. Nabi pernah bersabda bahawa Ihsan itu ertinya Engkau mengabdikan diri seolah-olah engkau melihat Tuhan. Walaupu engkau pada hakikatnya tidak mampu melihat Tuhan, ketahuilah bahawa Tuhan melihat engkau.

Apabila martabat ihsan kita capai, bererti kita juga menjauhi riya' dan nifaq kerana kedua2 ini bersalahan qasadnya. Orang yang riya' dan munafiq, ibadahnya bukan kerana ALLAH. Ia beribadah untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk. Maka amalannya rosak kerana sifat itu. Wallahu a'lam..


Semua bahan yang terkandung adalah hakmilik asal penulis dan sebagai bahan bacaan sahaja..

No comments: