Sunday, July 4, 2010

Koleksi Humor 1

Singa Yang Baik

Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan. Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu : Ah, singa yang baik! Selamatlah aku dari menjadi mangsanya!

Singa : Ya, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan mangsanya..



Tidak Melihat

"Adakah kamu tidak melihat lampu merah?" tanya seorang polis kepada seorang mat motor.

"Saya lihat, Encik."

"Lalu kenapa kamu tidak berhenti?"

"Saya tidak melihat Encik."



Tidak Tahu Bagaimana Mengurus Anak

Seorang anak kecil berkata kepada ayahnya: "Papa, saya sedih kerana Mama tidak tahu bagaimana mengurus anak."

Papa : "Kenapa kamu cakap begitu?"

Anak : "Ya... kerana mama selalu menyuruh saya tidur malam hari saat saya belum mengantuk dan membangunkan saya pagi hari saat saya masih mengantuk."



Semua bahan yang terkandung adalah hakmilik asal penulis dan sebagai bahan bacaan sahaja..

No comments: